Friday 23 December 2011

Sabah catat peningkatan 3.92% kelulusan PMR

Sabah catat peningkatan 3.92% kelulusan PMR

RANAU 22 Dis. - Peratusan calon Sabah lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini meningkat kepada 63.06 peratus berbanding 59.14 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Dr. Muhiddin Yussin berkata, tahun ini peratusan kelulusan meningkat sebanyak 3.92 peratus melibatkan 23,782 calon berbanding 21,928 calon pada 2010.
''Jumlah calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat 2.72 peratus atau 1,025 orang berbanding 2.39 peratus tahun lalu atau 870 orang.
''Sementara itu, calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun kepada 0.06 peratus atau 26 orang berbanding 0.09 peratus tahun lalu atau 32 orang," katanya ketika mengumumkan keputusan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Mat Salleh, di sini hari ini.
Muhiddin berkata, Gred Purata Negeri (GPN) tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu 3.03 berbanding 3.06 tahun lalu.
Beliau menambah, seramai 37,714 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini mencapai kelulusan 100 peratus.
Katanya, Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu mencapai kelulusan 100 peratus dengan GPN 1.05, diikuti SM Sains Sabah dengan memperolehi GPN 1.13.
Sekolah Menengah Agama (SMA) Kota Kinabalu mencatat kelulusan 98.44 peratus dan memperoleh GPN 1.44 untuk menduduki tempat ketiga sekolah terbaik dalam PMR tahun ini.
Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment