Saturday 2 July 2011

Hal Kisah Minggu Ini

Tahun ni adalah merupakan tahun yang paling aku gembira.. sebabnya
a) aku menerima APC dan mendapat ganjaran atas kecemerlangan kerja ku
b) aku mendapat  surat anjakan gaji  kerana LULUS PTK dengan mendapat A dan kenaikan gaji aku ke P2 akan dibuat dalam bulan Oktober nanti..

Ini semua adalah rezeki... niat dan keikhlasan dalam membimbing dan mendidik pelajar khas.. serta menjadi "ayahanda" kepada pelajar-pelajar asramaku walaupun aku tau ada sebahagian mereka membenci diriku..sebab suka berleter dan membebel kot hehehe..
Namun tu tak penting bagi aku, aku berharap semoga semua ni akan menjadi pemangkin untuk aku terus berusaha menjadi guru yang terbaik serta cemerlang untuk anak didikku khususnya pelajar khas Masalah Penglihatan...
Tahun ini adalah tahun mencabar bagi ku kerana pelajar SPM seramai 7 orang kali ini menunjukkan potensi yang kurang sedikit. Pelbagai kaedah aku gunakan dan selitkan agar mereka mampu berjaya dalam SPM nanti khusunya Bahasa Malaysia... Dalam pada itu, aku memaksa mereka bukan untuk aku tetapi untuk mereka sekurang-kurang boleh mencapai tahap B+  dan seterusnya melayakkan mereka berjuang pulak ke Tingkatan Enam seperti rakan mereka yang lain yang telah berjaya..
ugutan aku setiap kali kelas bimbingan karangan aku laksanakan ialah " Mesti Braille dalam 5 helai kertas Kraf".......kalau tak sampai 5 helai buat semula sehingga berjaya dan isi karangan mesti ada contoh yang sesuai dan mengikut format yang betul... kalau tidak ada semua ini, saya tidak akan terjemah "....dalam bahasa guru pendidikan khas (pindah tulis) maksudnya tulisan braille tadi di terjemah semula dengan tulisan biasa...

Minggu ni aku sibuk sangat menyiapkan buku terjemahan untuk pelajar khas ku yang akan masuk ke tingkatan enam bawah nanti... bukan aku tak pernah buat.. aku dah buat selengkap-lengkapnya tetapi soft copy dah kena telan virus... dan buku-buku yang aku dah buat tu telah di "curi" oleh pelajar khas ku yang sedang menunggu tawaran ke IPTA kerana mereka berharap dapat menruskan pengajian dalam Bahasa Melayu nanti... Tapi  seorang anak murid ku yang telah menerima tawaran ke USM berkata yang dia tetap akan mengambil Bahasa Melayu jika di beri pilihan dalam program pilihannya Sains Kemasyarakatan..
Aku berharap aku dapat menyiapkannya sebelum  mereka mendaftar ke sekolah Isnin ni. Ini bermakna esok aku mesti siapkan dan emboss Aspek 1 dan Aspek 2 Bahasa Malaysia kertas 1 STPM.... harap-harap kerja ku selesai menjelang esuk.. hehehehe

1 comment:

  1. wah wah wah wah cikgu....
    sesedap rasa cikgu ckp saya curi ya buku buku tu. kan cikgu translate buku tu untuk kami, jadi hak milik kami lah. hahahahahaha.

    sebenarnya buku buku B.M 1 semua saya ada tapi si Aziz yang p curi time dia balik hari tu. hahahahaha, abang dia terangkut sekali kotak buku buku saya dlm bilik hari tu.
    Endak apalah, sekurang kurangnya ada gak kerja cikgu kan, hehehehehehehehhe.

    ReplyDelete