Tuesday 16 April 2013

Biasiswa peneraju tunas potensi

Sebenarnya saya sendiri sedang mencari apakah bantuan atau biasiswa yang boleh saya pohon untuk dua orang pelajar yang saya kenal. seorang ini anak didik saya namun cacat penglihatan dan seorang ini saya kenal kerana keluarganya yang baik dengan saya. kedua-dua nya mempunyai cerita berbeza dan cemerlang dalam peperiksaan dan niat di hati ingin membantu mereka dalam apa juga cara untuk mendapatkan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran.

Pelajar 1
Pelajar ini adalah anak didik saya yang merupakan pelajar cacat penglihatan, mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 3A1C dalam STPM baru-baru ini.Saya berusaha untuk membantu pelajar disebabkan dia merupakan seorang pelajar yang gigih belajar. Bayangkan tanpa seorang guru dia memberanikan diri mengambil subjek pengajian perniagaan dan dia mendapat A. Saya amat terharu ketika pelajar ini mendapat musibah iaitu rumah nya terbakar. Apa yang dapat diselamatkannya ialah laptop pemberian dari satu organisasi ketika mendapat keputusan cemerlang SPM. Bahan buku braille serta mesin braille hangus terbakar namun semangatnya yang kuat membolehkan dia berjaya. Tinggal bersama dengan ibunya yang hanya bekerja sebagai penjaga tandas di taman awam. Ibu juga merupakan ibu tunggal kerana bapanya telah meninggalkan mereka dan apabila saya melayari internet dan terjumpa dengan permohonan ini saya tidak melengahkan masa untuk membantu pelajar ini membuat permohonan ini. In Sha Allah pelajar ini akan dipanggil temuduga pada awal bulan Mei. semoga berjaya


Pelajar 2
Pelajar ini saya kenal kerana keluarga yang telah mengganggap saya sebagai ahli keluarga mereka. kehidupan sebagai anak yatim dan ibu seorang yang kurang mampu tetapi berjaya memberikan didikan sempurna buat anak-anak ini. bermula dari yang sulung sehinggalah yang kedua ini mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 6A.. mungkin tidak lah secemerlang 9a. tapi bagi saya dengan kekurangan yang ada, rumah yang serba kekurangan dan ibu hanya mendapat bantuan kebajikan tapi mampu berjaya dengan keputusan cemerlang berbanding mereka yang mewah dan duduk rumah yang sempurna. Kebetulan permohonan ini dibuat bersama pelajar saya, saya pun membantu membuat permohonan ini  agar dia dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dengan adanya biasiswa., saya percaya tanpa biasiswa mungkin dia tidak mahu melanjutkan pelajaran sebab kesusahan hidup kerana ibu masih menyara 6 orang adik beradik yang lain masih sekolah.Kalau di pihak saya pun, sekiranya saya mendapat keputusan cemerlang, soal melanjutkan pelajaran saya fikirkan di belakang kerana saya ingin mencari peluang kerja sebaiknya dengan berbekalkan SPM untuk membantu mengggantikan ibu saya menyara keluarga. Alhamdullilah anak yang sulung sedang mengikuti kursus  perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 tahun. sekurang-kurangnya apabila sudah habis belajar dapatlah dia membantu ibu dan adik-adiknya yang lain.

P/S semoga kedua-duanya berjaya mendapat tawaran biasiswa ini dan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.