Sunday 14 April 2013

Bila diri di bohongi

pernah kah anda dibohongi oleh seseorang? rasa kecewakan apabila orang berbohong terhadap anda. apatah lagi  orang membohongi anda orang  yang rapat dan kenal dengan anda. Apakah tindakan anda? kenapa mereka mudah membuat pembohongan?

ada sebab mereka mahu berbohong..
1. takut rahsia mereka terbongkar
2. takut kena marah
3. bimbangg kita tidak mahu mendengar pandangan dan pendapat mereka,.
4. untuk selamatkan diri mereka

kenapa orang dibohongi mudah di bohong?
1. sebab mungkin dia mudah kasihan
2. sebab mungkin dia mudah percaya
3. sebab dia tidak pernah berbohong terhadap orang lain

Bila berbohong akhirnya kita akan dapat tahu perkara yang diceritakan semata-mata bohong..  punyalah kecewa. sampai berfikir kenapa dia sanggup berbohong dengan kita.

Bagi saya orang yang berbohong ni senang nak tahu dari percakapannya, riaknya dan sikapnya terhadap kita. Tetapi bagi aku kalau orang yang kita selama ini kita percaya dan berbohong dengan kita. aku tetapkan memaafkannya cuma aku terpaksa berhati-hati  terhadapnya dan akhirnya aku sedikit-sikit menjauhkan diri darinya kerana aku tidak mudah mempercayainya lagi.

p/s: .Lebih baik berterus terang kerana kalau suka berbohong kita akan rasa kecewa apabila orang yang kita bohong tahu perkara sebenar dan orang yang tahu itu akan rasa kecewa selama-lamanya.