Wednesday 17 April 2013

Bila ibu bapa datang ke sekolah

sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang warden, pelbagai bebanan yang diberikan kepada kita. kalau ibu bapa hanya mungkin menjaga anak mereka dalam 5 orang, namun sebagai warden terpaksa menjaga dalam lebih 150 orang murid yang pelbagi kerenah. Ini kerana mereka yang masuk ke asrama ini adalah mereka yang pelbagai sikap yang boleh membuat kita ketawa, suka, marah dan geram...
Mustahil bagi seorang warden akan senyum melihat karenah anak murid di bawahnya yang melakukan kesalahan disiplin. Ibu bapa pun akan marah jika anak mereka melakukan sesuatu.
baru-baru ini seorang murid asramaku telah melakukan kesalahan iaitu ponteng kelas sewaktu P&P berlaku. ketika di tanya konon berlaku pertukaran kelas dan mereka tidak jumpa rakan-rakan mereka dan surat menyusul dari pihak HEM sekolah meminta saya sebagai warden menggantikan ibu bapa mereka untuk datang berjumpa.
Ada sedikit kesilapan berlaku apabila surat yang diberikan terus kepada murid dan tidak melalui saya dan akhirnya maklumat tersebut tidak sampai di tangan saya sehinggalah saya di maklumkan sendiri pada anggapan pihak tersebut saya tidak ambil kisah. sebagai seorang warden apabila hal ini berlaku langkah yang perlua saya mabil ialah menghubungi ibu bapa pelajar untuk datang ke sekolah dan berbincang mengenai masalah disiplin anak mereka,
setelah datang ke sekolah berlakulah adegan sedih. Ungkit -mengungkit mengenangkan kisah silam , cerita tentang kepayahan, kesusahan hidup untuk membolehkan si anak tadi sedar betapa pengorbanan ibu bapa itu penting. Si ibu menangis kerana sikap anak mereka dan akhirnya si anak pun bercucuran air mata dan meminta ampun... Inilah kisah kehidupan apabila saya memanggil ibu bapa dan menceritakan kisah masalah disiplin anak mereka. pasti berlaku cerita yang memilukan untuk menyedarkan si anak..tetapi adakah tangisan si anak menyedarkan betapa susahnya ibu bapa mereka...???

p/s: sedih melihat sebahagian murid asramaku yang langsung tidak menghargai pengorbanan ibu bapa walhal ibu bapa mereka bukannya orang yang senang hanya sebagai petani namun mereka tidak pernah menganggap pelajaran itu penting bagi mereka untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka walaupun telah diberi nasihat dan motivasi.