Hati dan perasaan seorang ibu, bapa atau guru amat sakit, pedih dan memeritkan bila dibohongi oleh anak sendiri atau pelajarnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui alangkah seksanya hati dan perasaan bila dilayan begitu. Apatah lagi dibohongi oleh seorang anak atau pelajar yang dikasihi dan diberi harapan menggunung untuk mencapai kecemerlangan.
Perasaan sedih, kecewa, kesal, geram, tertekan bercampur baur bila dibohongi. Berasa hinanya diri ini bila diperlakukan dengan demikian rupa. Sanggup seorang anak berbohong kepada ibu atau bapanya hanya semata-mata ingin menutup kesalahannya. Padahal mereka akan diberi kemaafan sekiranya mengakui kesilapan itu asalkan sanggup berterus terang. Mereka lupa bahawa jasa dan pengorbanan orang tua kepadanya tidak pernah dituntut agar dibalas. Memadailah dengan bercakap benar dan berterus terang.
Berkata benarlah walaupun pahit. Belajarlah untuk memohon maaf bila telah melakukan kesalahan. Jangan sekali-kali menipu untuk melepaskan diri. Pembohongan yang pertama menyebabkan anda terpaksa melakukan berderet-deret pembohongan. Itulah salah satu perangkap syaitan yang ramai manusia terperangkap.
wahai pelajarku...
berterus teranglah bila anda melakukan sesuatu yang salah. jangan sampai bila rahsia anda terbongkar, baru menyesal. penyesalan ketika itu tidak berguna lagi walau anda memberi seribu alasan. jangan sesekali menyakiti hati orang yang mencurahkan ilmu kepada anda nanti akan hilang keberkatan.
Ingat, pembohong dan penipu tiada tempat di sisi Rasulullah saw di akhirat kerana Baginda saw tidak mengakui golongan ini sebagai umatnya.

WALLAHU TA’ALA A’LAM