Tuesday 21 June 2011

APC 2010

Ucapan Tahniah aku terima semalam... entah kenapa aku menjadi hairan

Rupa-rupanya aku antara penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010 (APC).. Pengetua menyatakan dalam mesyuarat semalam.. malangnya mesyuarat tersebut aku tidak dapat sertai disebabkan aku merupakan guru bertugas minggu ini dan terpaksa membantu melaksanakan aktiviti perhimpunan harian sekolah sebelum pelajar masuk ke kelas...

Ini adalah kali kedua aku menerima APC.. Sebelum ini aku menerimanya pada masa zaman SSB lagi iaitu kategori melintang dan menegak dan ketika itu aku baru sahaja sah jawatan, dan aku telah dipilih untuk menerima APC untuk kategori melintang...dan setahun  selepas itu dimansuhkan sudah kepada SSM..

dan kali ini aku menerima APC bagi kali kedua sepanjang perkhidmatan aku sebagai pendidik... bagi aku semua ini adalah keikhlasan serta niat kita.. sebagai pendidik kita haruslah melakukan tugas dengan amanah, jujur dan bertimbang rasa... satu prinsip yang aku amalkan ialah berikan ajaran  sebaik mungkin  kepada pelajar dan sentiasa fleksibal dalam melaksanakan tugas sebagai guru..

Namun apakan daya pada majlis anugrah tersebut aku tidak dapat menerimanya di pentas kerana aku mempunyai tanggungjawab  iaitu mengiring pelajar pendidikan khas  ke Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan khas peringkat negeri di Tawau untuk kategori Nasyid.. dan ini lah kali kedua aku tidak berada di pentas kerana APC pertama pun aku tidak menerimanya disebabkan aku mengiring pelajar ke pertandingan Lalu Lintas..

bagi aku tidak mengapa kerana apa yang penting akan terus berusaha sedaya mampu untuk kebaikan pelajar yang aku didik.. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment