Wednesday 1 June 2011

Tiada kemahiran punca ramai graduan gagal dapat kerja

KUALA LUMPUR 31 Mei - Generasi muda yang mempunyai pendidikan yang agak baik tetapi masih gagal mendapat pekerjaan disaran meningkatkan diri mereka dengan kemahiran yang diinginkan oleh majikan.
Pengetua Institut Generasi, Adam Govindasamy berkata, masalah gagal mendapatkan pekerjaan bukan sahaja berlaku kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi juga graduan universiti.

Menurutnya, statistik Kementerian Sumber Manusia menunjukkan, seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

"Graduan wanita lebih ramai gagal mendapatpekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru- baru ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan lepasan SPM dan STPM mengikuti program kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi meningkatkan peluang dan daya pasaran diri mereka.

Katanya, di Institut Generasi, antara kursus yang ditawarkan termasuk pengaturcaraan komputer, pembangunan laman web, kesetiausahaan dan pentadbiran pejabat yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran pekerjaan.

Govindasamy berkata, program bagi tempoh enam bulan untuk peringkat SKM itu berpandukan kepada Standard Piawaian Kemahiran Kebangsaan (NOSS).

"Mereka yang memiliki kelayakan NOSS layak bekerja serta memiliki tahap kemahiran seperti yang diperlukan oleh majikan dalam bidang pekerjaan masing-masing," katanya.

Bagi yang berminat, hubungi talian 03-20704081 atau lawati laman web www.generasi.edu.my untuk keterangan lanjut terutama sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 5 Jun ini.

sumnber: utusan melayu Online

No comments:

Post a Comment