Thursday 28 July 2011

Laptop hilang alahai pelajarku

Hilang kena curi! tersentak aku dari kerusi...

kasihan pelajar ku seorang ni... masalahnya aku ja yang tahu sewaktu dia berada di tingkatan 3 sehinggalah tingkatan 5 ni... kelmarin dia memanggil aku nak beritahu sesuatu. dengan wajah yang sugul dia memberitahu laptop nya hilang dan syak dicuri oleh pelajar lain...
geram + marah + sakit hati sebab laptop pelajar ku yang OKU penglihatan pun kena curi...
siasat  dan siasat pelajar yang disyaki ini telah masuk ke kawasan asrama untuk meminta bantuan dari si A(pelajar ku yang kehilangan Laptop) untuk meminjam wang. dengan luhur budi disebabkan mengenangkan jasa si  pensyaki kerana pernah memberikan wang kepada si A semasa berada di Tingkatan dua. Jadi si A bagilah pinjam dan membawa masuk ke asrama untuk mengambil duit..
Namun bukan sahaja pinjam duit laptop pun hilang... aku sedih mendengar. harap-harap laptop pelajarku ini dapat dijumpai semula... dapatlah dia memabaca nota yang aku bagi melalui komputernya hehehe...kalau bukan si pensyaki yang ambil... rakan-rakan si A yang telah terambil tolonglah pulangkan...

p/s: ada seorang  bekas anak didik  CIKGU yang suka  sangat datang ke sekolah dan asrama sebelum masuk Universiti ... macam cikgu nak siasat juga kerana kawasan asrama kawasan larangan untuk pihak luar hheheh.. boleh kan wahai  HaFiyyAn... hehehehe

1 comment:

  1. wah, wah, wah, sesedap hati jantung paru paru buah pinggang usus cikgu ja tuduh sya ya.. hahaha, sya begini baik, cikgu boleh saspek sya? takpa, nanti sya buktikan..hahahahaha..

    ReplyDelete