Monday 18 April 2011

kenapa mahu jadi guru pendidikan khas???

Ramai orang bertanya kenapa aku ingin  menjadi guru pendidikan khas masalah penglihatan.. sedangkan bidang pendidikan adalah menyeluruh. Kenapa aku tidak mencuba menjadi guru Matemtik, guru Bahasa Inggeris.. Ada sebab kenapa aku ingin menjadi guru pendidikan khas...
sebahagian pelajar pendidikan khasku..yang disayangi selalu...

a) Bidang pendidikan khas ini adalah satu bidang yang mencabar, mereka yang berani, kental dan ikhlas sahaja boleh berada dalam bidang pendidikan khas ini. Kalau masalah penglihatan, kita akan melihat guru khas ini akan memimpin pelajar ke sana sini jika mengiring pelajar ke sesuatu tempat khususnya tempat yang baru.. Jarang guru biasa akan memimpin tangan mereka  terutama pelajar-pelajar biasa. Inilah satu keunikan dan akhirnya kita merasa kita sentiasa dekat dengan pelajar khas ini.

b) Kalau ada majlis tertentu, kita akan melihat guru khas akan menolong pelajar khas mereka mengambilkan makanan dan minuman dan duduk makan bersama dengan mereka dan jarang guru khas ini membiarkan mereka mengambilkan makanan dan mereka akan duduk semeja sambil berbual- bual dan ini akan menunjukkan  sifat yang amat erat di kalangan guru khas dan pelajar itu sendiri

c) Dengan mengajar pendidikan khas masalah penglihatan kita akan dapat kelebihan dari guru biasa iaitu kita boleh menulis membaca tulisan braille. Guru khas tidak menggunakan jari untuk menyentuh titik-titik braille tetapi membaca menggunakan mata.

d) Pelajar Pendidikan Khas Masalah penglihatan ini mempunyai daya ingatan yang kuat, pancaindera rangsangan jari yang sensitif dan pendengaran yang kuat. Kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka seorang yang cekal untuk berjaya dalam bidang akademik. Ramai yang cemerlang setiap tahun dalam bidang pendidikan sehingga mengatasi pelajar biasa di aliran perdana.

e)  Dengan mendidik pelajar khas ini kita sentiasa ingat kepada Allah SWT  tentang kekuasaan-NYA dan menginsafi tentang diri kita dan kita haruslah bersyukur kerana  ada hikmah disebaliknya mereka menjadi kurang upaya. Adakalanya kerana kemalangan, tiba-tiba menjadi buta dan sebagainya. Dan bersuykur pada-NYA kita masih boleh melihat dan mengamati persekitaran yang indah berbanding mereka, namun mereka tetap tabah menghadapi apa yang berlaku..


f) Mendidik Pelajar khas ini memberikan kita satu teladan hidup betapa mereka tabah  dalam menghadapi kemungkinan yang tidak diduga. Ini kerana dalam sekelip mata, ada yang menjadi OKU secara tiba-tiba dan mereka berjaya menghadapinya.Bukan semua yang menjadi OKU ini cacat sejak lahir. Jadi bagi kita yang sememangnya belum tahu apa yang berlaku di hadapan kelak, sentiasalah mensyukuri akan diri kita yang sempurna .

g) dan akhir sekali kenapa aku ingin menjadi guru pendidikan khas
      



Inilah sumber inspirasiku untuk menjadi guru pendidikan Khas iaitu adikku sendiri yang OKU ketika berusia 12 tahun. Kerana dia, aku menjadi guru khas, kerana aku ingin membantu pelajar-pelajar khas berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan sehingga ke Menara Gading.
  

No comments:

Post a Comment