Friday, 15 April 2011

Sharing is Caring-Untuk adik2 yang akan temuduga KPLSPM (Pendidikan Khas Masalah Penglihatan)

Buat adik2 yang akan menghadiri temuduga pendidikan khas masalah Penglihatan KPLSPM di sini saya share maklumat yang saya perolehi dan berdasarkan pengalaman saya sebagai guru Pendidikan Khas Masalah penglihatan. Kemungkinan anda  akan di tanya berkaitan dengan pendidikan Masalah penglihatan. Semoga ini akan membantu anda  untuk sentiasa yakin dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Maksud pendidikan Khas

HALLAHAN DAN KAUFFMAN(2006)
PENDIDIKAN KHAS DIDEFINISIKAN SEBAGAI SATU BENTUK PENDIDIKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

GARGIULO (2003)
PENDIDIKAN KHAS MERUPAKAN PROGRAM PENGAJARAN KHUSUS YANG DIREKA BENTUK BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR LUAR BIASA. IA MUNGKIN MEMERLUKAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN,PERALATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN KHUSUS.

FRIEND(2005):
PENDIDIKAN KHAS ADALAH PENGAJARAN YANG DIREKA BENTUK KHUSUS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK YANG KURANG UPAYA . PENGAJARAN INI MUNGKIN DIKELOLAKAN DALAM BILIK DARJAH, DIRUMAH , DI HOSPITAL ATAU INSTITUSI LAIN.

MANSOR (2005):
PROGRM PENDIDIKAN KHAS DI MAAYSIA MERUPAKAN SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OPTIMA SESEORANG SEBAGAI SEORANG YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN,BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

Huraian Falsafah Pendidikan Khas
• Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas
• Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
• Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
• Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
• Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
• Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
• Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
• Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
• Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
• Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
• Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
• Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
• Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.
• Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
• Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
• Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.
• Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.
• Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
• Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
• Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.
• Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
• Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
• Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
• Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.


Sejarah Pendidikan Khas Pendidikan Masalah Penglihatan
1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

1. Sekolah Pendidikan khas yang terdapat di Sabah
a) Sekolah Rendah Pendidikan khas Tuaran Sabah (Pra sekolah – Tahun 6)
-Pendidikan khas penuh. Hanya pelajar pendidikan khas sahaja.
b) SMK Badin Tuaran Sabah ( Tingkatan 1 – Pra Universiti )
-Integrasi-pelajar belajar bersama dengan pelajar biasa di kelas biasa.

2. Jenis kecacatan pelajar
a) Totally Blind – Buta sepenuhnya
b) Penglihatan Terhad/Low vision/Rabun

3. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta
Rabun
a) Large Print-Lembaran kerja di bersarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.

4. Alatan –alatan dalam membantu aktiviti P&p pelajar khas masalah penglihatan
a) Mesin Braille
b) Mesin Thermofom untuk membina gambar rajah timbul
c) Mesin Embosser-untuk mencetak titik timbul dalam penterjemahan seperti buku
Sebagai contoh buku yang telah siap di edit/ taip pindah akan di emboss untuk menjadi buku Braille.
d) CCTV –untuk membantu pelajar rabun membaca
e) Gambar rajah timbul- Gambar rajah yang diubah suai untuk pelajar dapat menyentuh dan merasai sesuatu bentuk

5. Pelajar khas masalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.

6. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar
Pelajar dapat menggunakan Komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu pelajar mengendalikan komputer.

7. Orientasi dan Mobiliti
Satu aktiviti yang membantu para pelajar pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin pelajar khas.

Kalau di tanya bagaimana hendak mengajar pelajar khas cacat penglihatan (Secara Ringkas Ja)
Contoh Geografi Tajuk Peta Malaysia
1. Jelaskan tentang Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
2. Berikan pelajar gambar rajah timbul kedudukan peta Malaysia. Pelajar akan menyentuh gambar rajah tersebut. Kalau rabun gambar peta akan diperbesarkan
3. Lembaran kerja dalam tulisan Braille dan Large print. (untuk pelajar rabun)


Peralatan pelajar MASALAH PENGLIHATAN:

* Kanta - alat manual untuk membesarkan tulisan atau gambar
* Thermoform - alat untuk menyalin tulisan/teks Braille@gambar rajah timbul
* CCTV- alat pembersar tulisan @ gambar (digital)
* Embosser - alat untuk menukar tulisan/teks dari Microsoft Word ke tulisan Braille
* Cubaritham - alat pengiraan timbul untuk Matematik
* Mesin Braille (Brailler) - Alat untuk membraille bagi orang buta
* Brailion- Kertas plastik yang digunakan untuk menghasilkan gambar rajah timbul.


p/s: Semoga berjaya  dalam temuduga KPLSPM ambilan JUN 2011  buat  Prichard Nelson. Cikgu doakan semoga cita-cita kamu untuk menjadi seorang guru akan tercapai.. Buat sehabis baik ya..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment