Wednesday 13 April 2011

RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak

KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM5.6 juta bagi menguruskan 25 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Sarawak.
Peruntukan itu adalah sebagai pelaburan sosial daripada kerajaan kepada masyarakat yang akan mendatangkan pulangan tinggi termasuk kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) selaras dengan konsep “kebajikan produktif” yang menjadi matlamat kerajaan, kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, program Pemerkasaan Ekonomi juga diberi penekanan sewajarnya di PDK dengan memberi tumpuan kepada OKU, remaja serta keluarga OKU untuk melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi dan penjanaan pendapatan.

Sehingga Mac lepas, terdapat 428 PDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 18,943 OKU dan peluang pekerjaan kepada 2,142 petugas PDK.

PDK diwujudkan oleh kementerian berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyediakan kemudahan, pemulihan dan pembangunan kepada golongan OKU serta rasa tanggungjawab keluarga dan masyarakat setempat dalam mendidik anak-anak OKU melalui program yang dijalankan di PDK. — Bernama
sumber: Kosmo Online

No comments:

Post a Comment