Monday 14 February 2011

aktiviti petang ini BAIKI MESIN BRAILLE

apa dia mesin braille... aku nak cerita sedikit pasal mesin braille. semalam seorang pelajar ku mengadu yang mesin braillenya rosak. sangkut katanya. kalau bahasa orang putihnya "stuck'adui bertambah kerja.
aku janji nak buat hari sempena cuti am hari ini. nak katakan leceh nak membaikinya nantilah aku tunjukkan bahagian-bahagiannya yang agak rumit nak baiki.. aku di pilih untuk tukang baiki mesin ini sebab aku dah pergi kursus sebanyak 3 kali.. dua kali kat KL sekali kat Johor. tapi aku hanya tahu yang minor ja kerosakkannya. kalau major tu adui mintya maaflah mengeluh juga aku nak buatnya.. aku cerita ini tentang mesin braille ini mesti ada yang tak tahu pa tu mesin tu.. mesin jentera kah..hehehe
untuk pengetahuan semua, mesin braille mesin untuk pelajar khas cacat penglihatan untuk menulis dan membaca. macam pensel lah senang cerita.. kalau pelajar normal ada pensel, yang mereka ini guna mesin braille. ada kat atas gambar tu. nanti jap lagi pas solat zohor aku kat resos nak baiki mesin braille pelajar tersebut..nanti di entry seterusnya aku tunjukkan nmesin yang aku baiki. doakan aku semoga berjaya membaikinya...sebab aku sendiri kadang2 macam tikus membaiki labu. hehehe

No comments:

Post a Comment