Tuesday 15 February 2011

kerja kursus geografi 2011 PMR

(Tugasan perlu di buat bermula Feb sehingga Julai)


TUGASAN 1:
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pencemaran alam sekitar
di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Konsep pencemaran alam sekitar
• Jenis pencemaran alam sekitar
• Punca pencemaran alam sekitar
• Kesan pencemaran alam sekitar
• Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
ATAU
TUGASAN 2:
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perkambangan sistem perhubungan
(telekomunikasi) di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Konsep dan jenis sistem perhubungan
• Faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan
• Kepentingan sistem perhubungan
• Kesan negatif perkembangan sistem perhubungan
• Cadangan untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
(Tahun ini pelajar pendidikan khas ku yang mengambil PMR seorang ja. so tugasan ini mungkin agak mudah untuk aku bimbing walaupun dia seorang yang totally Blind...berbanding tahun sebelum sebelumnya sehingga menjadi aku tension kerana ada yang tak siap sampai waktunya terpaksa aku berkerja keras membantu mereka untuk mempercepatkan terjemahan kerja kursus tersebut untuk di hantar)
Buat adik Nurul Wan Faziela cikgu akan bimbing sehingga siap...

1 comment:

  1. bleh x tlg tunjukkan contoh kerja kursus geografi PMR 2011????

    ReplyDelete