Thursday 17 February 2011

SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU DI IPTA

SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
Pelajar Warganegara Malaysia;
Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan iMasyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa atas dasar merit akademik pula layak wang saku sahaja. ;
Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


BAYARAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Kaedah Bayaran
Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.

Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.

Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam dalam tahun semasa. Kelayakan anggaran wang saku dan yuran mengikut tempoh semester dalam tahun kalendar adalah seperti contoh berikut :

Contoh 1

Semester Tempoh Wang Saku Yuran Kelayakan
Baki
Sem 1 Jun-Nov 2010 RM1,800 RM1,400 RM3,200 RM1,800
Sem 2 Dis 2010 – Mei 2011 RM300* RM1,400 RM1,700 RM100
Jumlah Kelayakan Tahun Semasa
RM4,900 RM100*

* Bayaran wang saku tidak melebihi tahun semasa. Baki RM100 pada akhir tahun tidak boleh dituntut pelajar.

Contoh 2

Semester Tempoh Wang Saku Yuran Kelayakan
Baki
Sem 1 Jan-Apr 2010 RM1,200 RM1,000 RM2,200 RM2,800
Sem 2 2 Mei- Ogos 2010 RM1,200 RM1,000 RM2,200 RM600
Sem 3 Sept – Dis 2010 RM600 RM0 RM600 RM0
Jumlah Kelayakan Tahun Semasa
RM5,000 RM0


Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut. Jika memilih yuran pengajian sahaja dan masih terdapat lebihan dalam tahun tersebut, ianya (lebihan) akan dimasukkan ke akaun pelajar pada akhir tahun.


Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :
- Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.

Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

PERMOHONAN/TUNTUTAN

· Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat Bahagian Biasiswa atau menerusi email di alamat bkoku@mohe.gov.my. Penghantaran menerusi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas “scan” terlebih dahulu.

· Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

· Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:
Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
Salinan surat tawaran pengajian;
Salinan buku akaun CIMB Bank sahaja (bagi pemohon baru);
Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) (untuk tuntutan kali pertama sahaja) – muat turun Borang KPT/B/OKU-Reg2.10;
Borang Tuntutan Bantuan Wang Saku Pelajar OKU IPT – muat turun borang KPT/B/OKU-ws v1.10;
Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Pelajar OKU IPT – muat turun borang KPT/B/OKU-yrn-2.10,
Invois asal yuran pengajian semester semasa (dikeluarkan institusi pengajian);
Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:
· Item ( a ) – ( i ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
· Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( g ) – ( j ) sahaja. Pelajar OKU separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
· Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

· Bayaran bantuan wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayaran bantuan yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian.
· Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester sebelum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA (u.p.: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan)
Fax : 03-8884 4701
Email : bkoku@mohe.gov.my
URL: www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/oku-ipt

Muat turun :

· Borang Pendaftaran ~ KPT/B/OKU-Reg2.10
· Borang Tuntutan Wang Saku ~ KPT/B/OKU-ws v1.10
· Borang Tuntutan Bantuan Yuran ~ KPT/B/OKU-yrn-2.10

*Untuk semakan surat yg dihantar, semakan status surat boleh dibuat melalui Online Letter Checking. sila klik di sini

Lihat Surat Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi 1/2010 : Pelaksanaan Dasar Baru Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya(OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

(KEPADA ANAK DIDIKKU TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE MENARA GADING KERANA ANDA AKAN DIBIAYAI MELALUI BANTUAN KEWANGAN DAN MERUPAKAN HAK ANDA JIKA ANDA BERJAYA MENEMPATKAN DIRI KE IPTA)

No comments:

Post a Comment