Wednesday 16 February 2011

takut dan seramnya terima keputusan STPM

21HB ni (hari Isnin) merupakan hari yang penuh debaran buat semua calon STPM tahun 2010. sebabnya jeng,jeng,jeng tiba masanya keputusan peperiksaan akan keluar juga dari kepompongnya.Mesti masa ini semua pelajar yang sedang menanti cuak habis, seram dan sejuk dibuatnya.. Ada juga yang masih tersenyum lebar.. ada juga yang mandi tak basah ni. adui kasihan.. pa pun keputusannya kena terima setabahnya.
cuba fikirkan untuk kuatkan semangat anda sebelum menerima keputusan
1. aku dah buat yang terbaik kan. aku mesti yakin apa juga keputusan aku terima.
2. aku rasa aku dah buat jawapan yang terbaik masa menjawan hari tu. tidak ada silap.Jadi pointer ku mesti gempak
3. aku punya result, bukan orang lain pun jadi aku mesti tahu juga
4. aku rasa dapat pointer 3 ke atas. percubaan hari tu aku mesti dapat pointer 3 ke atas.
5. aku kalau percubaan dapat pointer 3 bawah mesti stpm sebenar aku dapat 3 ke atas
6. aku terima ja dengan hati terbuka.

jadi...kalau cemerlang happy lah kan.. kalau kecundang jangan berputus asa. aku nak cerita pasal keputusan STPM. ramai pelajar menganggap bahawa STPM penentu masa depan nak ke Universiti. jadi kalau gagal dapat 3 ke atas punah lah harapan.Jangan macam tu, kalau kamu kecewa, banyak lagi peluang yang menunggu antara
i. apply ja UPU mana tau rezeki walaupun bawah 3. macam tahun lepas ada juga yang dapat ke IPTA walaupun dapat 2.5 ke bawah.Rezeki semuanya
ii. apply kolej atau universiti swasta. tapi yang telah mendapat akreditasilah. Ini supaya bila grad nanti tak pening kepala ijazah diiktiraf atau tidak
iii. cari peluang kerjaya mohon kat SPA, SPP, Jabatan Buruh.. banyak tu. rajin2 serve iklan kat internet.(MY JOb)
iv. Ulang semula STPM. Mana tau tahun ini bukan rezeki dapat terbaik. tiba-tiba keluar keputusan ulangan meletup pulak..
vi. kalau tak dapat IPTA kemasukan pertama.. apply IPTA yang mengambil pelajar bagi kemasukan Disember seperti UPSI, UNIMAS dan UITM

ini antara saranan aku kat pelajar-pelajar STPM, nanti dapat keputusan fikir kan yang terbaik ya.. tapi aku doakan semua dapat cemerlang khusus untuk pelajar pendidikan khas ku seramai 4 orang tu.. Hari isnin ni cikgu juga menanti dengan penuh kesabaran. Doa cikgu semoga anda berjaya.

No comments:

Post a Comment