Tuesday 15 February 2011

macam mana nak kenal kanak-kanak yang menpunyai masalah penglihatan

kat bawah ada ciri-ciri bagaimana nak kenal pasti kanak-kanak tersebut mempunyai masalah penglihatan.. so kepada ibu bapa dan rakan-rakan baca ya mana lah tau di sekolah, kat kampung kita ada kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Kecacatan Penglihatan


by Oesterreich, L.


Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya ketinggalan dari segi perkembangan pergerakan fizikal dan motor. Seringkali mereka tidak dapat mencari atau mencapai objek-objek kecil yang terjatuh. Membantu kanak-kanak ini memahami konsep ruang dan saiz akan membantu perkembangan mereka.

Ciri-ciri:
kebanyakannya mempunyai mata juling
mempunyai mata yang tidak boleh memfokus
mengelak dari cahaya terang
sering mengerdip atau menggosok mata
sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil
menutup sebelah mata
menundukkan kepala ke tepi atau ke depan
kerap berkerut atau mengecilkan mata
mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan
tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh
mungkin menoleh ke arah lain apabila dipanggil; ini tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian, tetapi mereka mungkin mempunyai pandangan tepi yang lebih baik
jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar
memegang buku atau objek dekat dengan muka
Apa Yang Anda Boleh Lakukan:
Letakkan objek yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam rumah untuk membantu kanak-kanak mengenalpasti susunan rumah.
Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet, kayu, tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya.
Carilah mainan dan buku yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh dan diterokai oleh kanak-kanak ini.
Sediakan aktiviti yang menggunakan deria lain. Kanak-kanak cacat penglihatan belajar melalui pendengaran dan sentuhan. Permainan yang melibatkan pasir dan air, membuat kolaj, tanah liat dan membuat lukisan tangan adalah aktiviti pembelajaran yang baik.
Baca dengan kuat cerita-cerita yang mempunyai jalan cerita yang mudah diteka. Anda juga boleh memilih cerita yang mempunyai penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau objek.
Beri penerangan, dan biarkan mereka mengalami situasi itu. Contohnya, selepas membaca “The Three Little Pigs,” mereka mungkin seronok dapat merasa perbezaan antara jerami, ranting dan batu bata.
Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau kadbod. Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada masa yang sama terangkan mengenai bentuk itu.
Tunjukkan kanak-kanak ini bagaimana membuat gosokan dengan mewarna di atas sesuatu tekstur yang menarik.
Pastikan bahawa kawasan bermain mempunyai cukup cahaya supaya kanak-kanak yang mempunyai deria lihat yang terhad dapat melihat dengan lebih baik.
Sediakan kawasan yang khas bagi aktiviti bermain. Bantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan susunan bilik itu. Jika anda bercadang untuk mengubah sesuatu susunan, anda hendaklah membantu kanak-kanak ini mengenalpasti semula susunan bilik itu.
Barang permainan dan bahan-bahan lain hendaklah berwarna-warni supaya kanak-kanak cacat penglihatan ini dapat melihat dengan lebih baik.
Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal untuk menunjukkan simbol barang mainan pada rak mainan untuk memudahkan mereka mengemas.
Susun barang-barang di rumah anda untuk membantu mereka bergerak dengan selamat dan selesa. Pastikan pintu dan kabinet sentiasa ditutup.
Ajar kanak-kanak yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan mengenai aktiviti atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Ajar mereka untuk memanggil nama kanak-kanak cacat penglihatan ini untuk mendapatkan perhatian mereka dan menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan sesuatu objek seperti telefon, topi atau kereta, dan bukannya hanya berkata “itu”, “ini” atau “benda”.
Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan mereka semasa menjalankan aktiviti. Guna perkataan yang menggambarkan sesuatu objek seperti panjang, pendek, di atas, di bawah, besar dan kecil. Jika boleh, biarkan mereka mengalami situasi yang boleh menggambarkan konsep ini. Contohnya, anda boleh memberi dua biji bola kepada mereka dan berkata, “Bola di tangan awak besar. Cuba rasa bagaimana besarnya bola ini. Tetapi bola di tangan saya kecil. Adakah awak mahu merasanya?”
Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang. Mereka boleh merasa bentuknya dan menyusunnya dari satu hujung ke hujung yang lain dalam bentuk yang berlainan tanpa perlu risau blok itu akan terjatuh.

No comments:

Post a Comment