Sunday 13 February 2011

hari ahad punya kisah

hari ini aku macam jadi driver untuk ke sana sini..
seawal pagi aku bangun untuk menyiapkan diri untuk menandatangi buku keluar pelajar asrama ke pekan Tuaran...hari kebebasan untuk mereka merayau-rayau sambil membeli belah di tamu kali dorang ni.. selepas itu aku pergi ke rumah adik ku untuk menjemput adik-adikku dan juga anak buah ku ke KK...sebelum kami ke kk singgah sekejap di UMS hantar laptop adikku ke hostel... selepas ke UMS kami ke karamunsing bawa anak buah cari buku rujukan. katanya nak cari beberapa buah buku rujukan untuk subjek bio, kimia... selepas tu time to eat.. aku belanja mereka makan kat KFC.. sebenarnya malas aku nak makan KFC tapi nak ikut kehendak dan majoriti suara mereka nak makan di KFC. Mula aku cadang kat Merry Brown tapi malas dah nak keluar semula.
selepas kenyang dan bersembang sekejap kami pun melangkah kaki keluar menuju ke MRSM kinarut hantar my anak buah balik hostel sebelum jam 5 petang.. setelah hantar my anak buah aku singgah di jalan segama untuk membeli kain baju pengakap. dan terus bergerak ke UMS hantar my adik ... agak letih juga dan destinasi terakhir hantar my adik ke rumah sewanya di rugading..
aduss.. letih selepas itu time aku pulak nak pulang rumah secepatnya sebab rasa penat dan mengantuk... hehehe
apa pun my adik dan my anak buah happy sangat jalan2. to my younger sister dan my nephew happy birthday... happy birthday...
penutup cerita minggu ni.. esok bermula lembaran baru pulak...

No comments:

Post a Comment