Sunday 6 March 2011

Apakah bantuan untuk yang perlu golongan kelainan Upaya atau OKU tahu?

Apakah bantuan untuk yang perlu golongan kelainan Upaya atau  OKU tahu? kat sini saya senaraikan bantuan yang perlu anda tahu.

Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya Selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;


1.Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.


2.Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.
(Rasanya Mas(Malaysian Airlines system) tidak lagi menyediakan potongan istimewa ini kenapa ya? Kalau dulu mereka yang mengiring OKU pun boleh menerima potongan 30% tetapi sekarang seperti di mansuhkan sudah)

3.Kemudahan perumahan : DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.
(kalau kat sabah pula bagaimana? Rumah PPRT pula diduduki oleh golongan yang agak mewah. Golongan OKU terpkasa menyewa rumah mereka.Mana silapnya ya?

4.Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
(saya masih teringat kenyataan seorang jururawat yang memberitahu saya wad di Hospital ini (sebuah hospital di Sabah) tiada yang istimewa ketika menghantar pelajar khas saya yang admit kat wad tersbut. Ibu bapa doktor pun tidur di wad yang sempit. hello... bukan mereka minta bilik yang bertaktha berlian atau emas pun tetapi keselesaan sedikit. Bayangkanlah sebelah menyebelah mereka yang terlalu uzur. orang yang demam biasa pun jadi teruk. kalau awak pun di beri tempat kurang selesa awak pun mesti minta pindah pun)
5.Pengecualian bayaran dokumen perjalanan : dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).

6.Kemudahan peluang pekerjaan : kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.
( Tidak nampak pun kuota ini dilaksanakan. kalau betullah dah ramai golongan OKU yang bekerja dengan selesa bukannya masih duduk menanti peluang kerjaya serta menunggu di rumah saja.. Prihatin lah sikit mereka yang dah berijazah pun nak makan juga, nak bagi mak bapa duit. dahlah PTPTN terus mencari tak peduli orang dah berkerja atau belum. Pada saya berikan mereka peluang kerana kekurangan bukan penghalang. Entah-entah mereka lebih baik bekerja berbanding mereka yang normal.

7.Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.
( berikan lah kuota yang lebih untuk pelajar2 memasuki IPTA, mereka pun berusaha untuk berjaya tetapi akhirnya kecewa kerana gagal mendapat tempat.)

8.Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.
 ( Ini  lagi satu kalau kat sabah ni kalau adapun tak sampai 10%. kalau ada kat KK ni ja, itupun sedkit. kalau kat Tawau dan sandakan minta maaflah langsung takda, jangan hairanlah kalau OKU di  daerah tersebut  jarang nak keluar jadi bila mereka keluar masyarat kat situ jadi hairan macam tak pernah nampak)
9.Pengecualian 50% Duti Eksais ke atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.
( Ini saya tak pasti)

10.Insentif lain seperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.
( Insentif dari Telekom memang ada. Terima kasih Telekom)

No comments:

Post a Comment