Tuesday 8 March 2011

Mencari bakat terpendam di kalangan pelajar sekolahku ala AF

Bila aku membaca tentang kisah Aznil diberikan kepercayaan untuk menjadi hos rancangan AF8. Aku terus teringat aktiviti yang aku telah di amanahkan dan seterusnya dipikul berkonsepkan seperti program tersebut dengan tujuan untuk mengutip dana sekaligus mengetengahkan bakat mereka yang terpendam. Aduhai tugasan yang agak berat sehingga aku tidak tidur malam di buatnya dari membuat kertas kerja, memikirkan Ajk yang di lantik dan tugasan yang akan dibuat..

Di kotak fikiranku adakah program ini akan berjalan dengan baik? Adakah aku  dan rakan-rakanku dapat melaksanakan tugas sehingga ke peringkat seterusnya? risau dan bimbang.. Bagaimana sambutan pelajar? Aku dah  AJK yang lain dah bagi information, announcement di perhimpunan dan iklan di kelas-kelas adakah akan berhasil seperti AF yang mempunyai banyak peminat? Tapi ini sekolah bukan tempat buat konsert kan.

Namun pengamatanku bila borang penyertaan di keluarkan hari ini, ramai juga pelajar datang untuk mengambil borang dan juga bertanya tentang program ini. Biarlah aku ceritakan program yang aku laksanakan iaitu seperti mencari bakat terpendam melalui pelbagai uji bakat yang ada pada pelajar seperti bernasyid atau menyanyikan lagu patriotik atau berpidato dan sebagainya. Program ini ada penyingkiran serta undi pelajar tapi bukan undi sms. hehehe.. konsep penghakiman pun amat berbeza.

Tapi sekarang ini apa yang paling penting aku ingin menarik perhatian pelajarku untuk ikut serta dalam uji bakat terlebih dahulu. Ramai bakat terpendam yang dapat aku lihat yang perlu kita ketengahkan kepada pelajar. Tujuan yang baik ini dapat mengetengahkan mereka menjadi modal insan yang sempurna bukan sahaja melalui akademik tetapi juga mnelalui ko kurikulum.. Bakat yang ada pelajar kalau di gilap mungkin satu hari nanti mereka boleh menjadi terkenal dan tidak hairanlah sekolah aku ini juga ada dan pernah  melahirkan wajah-wajah AF walaupun tidak sampai ke peringkat Final..Hebatkan

Hanya aku berharap uji bakat yang aku dan rakan2 setugasku yang lain  dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar..Ingatlah bila kita kerja dengan penuh keikhlasan, maka kerja yang kita lakukan akan menjadi seronok dan mudah.. terima kasih atas kerjasama semua. semoga berterusan sehingga ke peringkat akhir seperti yang kita telah rancangkan.. Nanti bila tiba masanya aku akan paparkan wajah-wajah pelajarku dengan kehebatan mereka yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment