Saturday 12 March 2011

Bidang perguruan semakin di minati



Kenapa ramai sangat minat nak jadi guru? Kalau dahulu bidang perguruan ini macam orang tak nampak ja. Buatlah permohonan kalau nak masuk universiti letak pilihan pertama. Terus dapat ni. ndak da medsi dan temuduga lagi tapi masih boleh jadi guru yang berjaya setelah keluar.
Kalau dahulu juga ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak mereka menjadi guru. "Tak payahlah apply guru . apply bidang lain lagi bagus.. keluar nanti boleh kerja jadi pegawai".
Ini kerana orang dulu tak nampak guru sebagai pegawai seperti pegawai-pegawai di jabatan kerajaan. Walhal kalau ikutkan guru pun pegawai juga kalau dg41 tu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah lagi.
Zaman aku dan adik ku yang lain, apply ja pilihan pertama sebagai perguruan terus dapat. kadang-kadang kena telefon lagi suruh ambil bidang ni.  Masuk universiti ada juga yang bukan pilihan pendidikan merayu nak keluar sebab tak minat. Alasan yang diberikan ialah "aku tak pilih pun pendidikan suka hati ja mereka bagi aku pendidikan".  Itu  cerita dahulu.
Sekarang punyalah susah nak masuk bidang perguruan sama ada IPG atau di IPTA. Walau cemerlang manapun tak menjamin tempat untuk masuk ambil bidang perguruan. Malah yang rendah pun boleh diterima masuk hanya disebabkan ada dua aspek yang mereka ukur iaitu medsi dan juga temuduga. Kalau hari ini di mana juga pelajar apabila di tanya tentang apa mereka nak pilih dalam pilihan ke IPTA. Rata-rata ambil pendidikan. Zaman dah berubah kalau dulu ibu bapa pandang anak mereka apabila masuk universiti seluruh kampung akan bangga anak siapa berjaya tu? Tetapi sekarang bila anak mereka masuk Universiti. soalan yang akan keluar bidang apa mereka ambil kalau bukan pendidikan baik tak payah menganggur lah sampai bila-bila tak dapat kerja.
Persepsi masyarkat sekarang semakin berubah disebabkan ramai anak-anak kampung tidak mendapat kerja apabila graduat dari universiti. Akhirnya bila habis SPM atau STPM ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang kerjaya..
Dan sekarang ini fenomena terbaru apabila bidang pendidikan di IPTA ada yang berkonsepkan pasaran terbuka. Pasaran terbuka cari sendiri kerja kat sekolah-sekolah swasta atau bidang kerja lain dan kerajaan tidak menjamin penempatan. semakin susah dah nampaknya. Kalau dulu habis ja belum pun sempat nak konvo datang dah surat posting suruh pergi mengajar, kalau tak tindakan tatatertib di kenakan.
Satu perkara lagi, ada graduan yang dah berhempas pulas 4 tahun belajar akhirnya tidak mendapat penempatan kerana gagal temuduga.Ada yang hampir 2 atau 3 tahun baru lulus dan dapat mengajar.
Apa yang boleh dikatakan  di sini,  IPTA sekarang semua bidang pun sama  belum tentu menjaminkan kerja apabila graduat kelak tidak kiralah dia dalam bidang pendidikan, sains sosial atau kemanusiaan serta bahasa,
sebab tidak semua bidang menjamin penempatan untuk terus bekerja apabila keluar kelak.

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    saya juga meminati bidang perguruan, tapi saya belum berkesempatan untuk menjadikan impian saya ini satu realiti...
    dua tahun lepas saya menjadi Guru GSTT di salah sebuah sekolah di area Tase Gelugor Pulau Pinang.Tahun ini saya masih mencuba nasib untuk terus menjadi seorang guru namun ia nya masih belum di ketahui akan untung rugi nya lagi.
    Saya pernah bekerja sebagai librarian dan juga tutor tapi jiwa saya adalah jiwa pendidik, bukan pendidik di IPT tadpi di sekolah...
    semoga saya dapat berkongsi ilmu dengan saudara.TQ

    ReplyDelete
  2. siti azlina cuba memohon DPLI atau KPLI untuk kemasukan 2011. Bila dah dapat nanti, banyak perkara yang akan kita pelajari khususnya untuk menjadi seorang pendidik.

    ReplyDelete