Thursday 24 March 2011

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH

Buat pelajar-pelajar yang ingin  memasuki tingkatan enam bawah bagi tahun ini, di sini ada syarat-syarat kelayakan kemasukan ke tingkatan enam bawah bagi tahun 2010.. Saya rasa syarat ini masih digunakan untuk tahun  2011. jadi adik-adik yang ada bertanya layakkah dengan keputusan mereka terima semalam untuk memasuki tingkatan enam bolehlah  lihat kelayakan tersebut.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tami

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Amp; Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010

sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

10 comments:

  1. salam..macam mana nk check pengesahan yg saya layak ke tingkatan 6 bawah 2011..?ade web rasmi yg boleh dikunjungi??..NEED HELP!

    ReplyDelete
  2. Rainskvov: Walauikumsalam... boleh semak kat laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. semakan biasanya pada awal atau pertengahan bulan Mei..

    ReplyDelete
  3. salam...kalau nak ke ting 6 kene mohon dulu ke?

    ReplyDelete
  4. ai............saya punya bm tak dapat kepujian cuma lulus jew...tp saya nak sangat masuk ting 6.................tlg lah bantu saya...saya seorang harapan keluarga saya....saya nak belajar sangat

    ReplyDelete
  5. Tak payah mohon atau isi borang. semakan sama ada layak atau tak, boleh disemak di laman web KPM.KPM akan megeluarkan surat tawaran kepada pelajar yang layak ke tingkatan enam dan surat tawaran tersebut hendaklah dicetak untuk di bawa pada hari pendaftaran di sekolah yang telah ditentukan oleh KPM.

    ReplyDelete
  6. syarat utama masuk ke Tingkatan Enam ialah mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu SPM. Kalau nak buat rayuan saya tak pasti, cuba berhubung dengan guru kaunseling di sekolah anda.

    ReplyDelete
  7. slm blh x nk thu syarat kemasuka f6& blh x nk semak name kt lmn web

    ReplyDelete
  8. yyyn: buat masa ini belum ada semakan yang boleh dibuat. kemungkinan awal bulan mei. Rujuk kat laman web KPM Malaysia

    ReplyDelete
  9. dh bkak kpm dh
    xdk pon....
    nk cek cmna???

    ReplyDelete
  10. saya x tahu nok bljr kat mane..malas dok raso nok bljr.tp masih ado minat lg.hahaha

    ReplyDelete