Tuesday 7 February 2012

Studio yoga pertama dunia di lapangan terbang




SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah bilik yang pernah menjadi stor penyimpanan barang kini merupakan bilik untuk senaman yoga selepas ia dibuka pada minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk para penumpang.
Bilik itu terletak selepas pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.
Para pegawai lapangan terbang percaya bilik itu yang dilengkapi dengan cermin dinding merupakan studio yoga pertama dunia di lapangan terbang.
-- kosmo --