Sunday 5 February 2012

cerita HAJARUL ASWAD

Hari ini ntah kenapa aku terpacak kat depan tv memerhatikan slot rancangan yang terbaik sempena cuti hari ini. merehatkan minda sambil menonton TV lah kata.. Channel 119 pulak menayangkan satu cerita yang agak menarik yang mempunyai cerita yang terbaik ....

Tajuk ceritanya ialah Hajarul Aswad. Cerita bagaimana seorang ibu yang cacat penglihatan mempunyai seorang anak melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang OKU cacat penglihatan dan menyimpan  hasrat murni untuk menunaikan ibadah Haji dengan hasrat ingin mencium dan memeluk Hajarul Aswad. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila jiran nya merupakan seorang  kaki judi telah mencuri wang yang telah dikumpulnya dan di saat dia meminta wang tersebut untuk dikembalikan insiden berlaku mengorbankan dia... Tragis sungguh cerita ini dan si anak tadi telah membesar dan menunaikan haji untuk arwah emaknya bagi menunaikan hasrat ibunya yang tidak kesampaian.. Dalam  cerita ini,  di paparkan bagaimana ibu ini melalui ketabahan dalam menghadapi dirinya yang buta dan ke semua laluan yang di laluinya sehingga ke rumahnya diikatnya menggunakan tali dan paling menyayat hati apabila selama ini orang yang mengekorinya ialah anaknya sendiri dan apabila pemandu teksi tersebut  bertanya kenapa dia mengekori ibunya. jawapan yang diberikan ialah "dia ibunya" dan makna tersurat menjelaskankan dia akan sentiasa  memastkan  ibunya selamat sebelum sampai ke rumah...

Terbaiklah cerita ni. kalau ada bintang saya bagi 5/5  bintanglah. Beginilah cerita yang saya mahu tonton  yang penuh kesedaran penuh nilai-nilai murni yang dapat memberikan pengajaran. Ini tidak cerita yang sering di tayangkan seolah-olah cerita  tidak bermesej... kalau jadi orang buta tu , mesti jadi  pengemislah, jadi miskinlah jadi kelakar nampaknya dan dibuat-buat ....

Syabas kepada penggarah cerita "HAJARUL ASWAD" memang TERBAIK DARI LADANG.........