Sunday 5 February 2012

Skim baharu rumah mampu milik

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) sedang mengkaji model baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang akan memberi fokus kepada keperluan kediaman bagi mereka yang berpendapatan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, RMR bentuk baharu itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), seperti yang diumumkan oleh Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.
Katanya, buat masa ini, SPNB masih dalam rundingan dengan tiga kerajaan negeri untuk memulakan skim RMR1M, dan ia akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini jika tiada sebarang halangan.
Beliau berkata, jika fasa pertama di tiga negeri itu, yang belum dapat diumumkan, berjaya mendapat sambutan, SPNB akan memperluaskan skim tersebut ke seluruh negara.
-kosmo-